Pelatih Polis wanita lahir anak perempuan dalam tandas HKL


Pada 15 Apr 2014 lebih kurang jam 11.40 pagi, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa seorang wanita yang dikenal pasti sebagai pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL, telah melahirkan anak perempuan di dalam tandas Jabatan Kecemasan Hospital berkenaan.

Kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan sihat dan bayi tersebut disahkan oleh pakar perbidanan dilahirkan cukup bulan.

Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan 2014 dan disahkan Negatif oleh Jabatan Pathologi HKL.

Sepanjang menjalani latihan di PULAPOL, tidak terkesan sebarang perubahan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda kehamilan disebabkan saiz badannya yang kecil.
Pelatih dirujuk ke HKL pada 15 Apr 2014 satelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.

Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel air kencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.

Tindakan ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai berupaya mengurangkan konsentrasi hormon Beta HCG yang memberi kesan Positif dalam ujian kehamilan.

Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini. (FB PDRM)

ADUN Paloh Dari UMNO Terlibat Kemalangan Ngeri



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi di kilometer 24 Keramat Pulai dekat Cameron Highlands.
Berdasarkan maklumat diterima, kenderaan yang dipandu sendiri Nozula dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.
Kenderaan itu dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.
Beliau kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan.
Bagaimanapun isteri beliau dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk

Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk
Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk - MARAN : Seorang anggota polis peronda tidak menyangka tindakannya meminta seorang lelaki supaya berhenti berzikir di tengah Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Plaza Tol Chenor di sini berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu merampas pistol dan melarikan kereta peronda yang dipandu peronda berkenaan.
Lebih mengejutkan, drama rampas pistol dan bawa lari kereta peronda itu yang berlarutan selama empat jam, turut mengakibatkan lelaki tersebut, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, mati ketika dirawat di Hospital Temerloh di sini semalam.
Dia menerima rawatan tersebut selepas cedera di kepala apabila kereta peronda yang dilarikannya itu berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejar dan kemudian mengepungnya.
Kereta peronda polis jenis Proton Inspira dan pistol jenis P99 tersebut dilarikan oleh lelaki tersebut dari Plaza Tol Chenor memasuki Pekan Awah sebelum ia berjaya disekat di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Bukit Lada.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, sebelum itu pada pukul 12.45 tengah malam, polis menerima aduan terdapat seorang lelaki duduk di atas sebuah motosikal di lorong tengah lebuh raya dekat Plaza Tol Chenor.
Katanya, tindakan lelaki itu didapati mengganggu lalu lintas selain membahayakan dirinya.
Berikutan itu katanya, dua buah kereta peronda polis ditugaskan ke plaza tol berkenaan bagi menyuraikan keadaan.
“Anggota polis yang tiba di plaza tol itu mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas sebuah motosikal.
“Seorang anggota polis kemudian menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya sambil memujuk supaya dia beredar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Pen Global: Semakin ramai ingin menjadi kuat dan berkuasa dalam kesempitan hidup dalam kemewahan pemimpin.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS

Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS
Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS - Biar betul..!! Sanggup wanita ini menelan telefon bimbitnya kerana takut kekasihnya membaca SMS didalam telefon tersebut. Jom baca cerita selanjutnya..
Perbuatan bodoh seorang gadis berasal dari Brazil berusia 19 tahun, Adriana Andrade, pastinya membuat banyak orang bimbang dan menggelengkan kepala. Bayangkan saja, ia menelan handphone miliknya sendiri .
Mengapa Adriana melakukan perbuatan bodoh tersebut? Ternyata Adriana berbuat demikian untuk mengelak kekasihnya membaca SMS yang terdapat di telefon bimbit tersebut.
Kejadiannya bermula saat kekasihnya memaksa dirinya untuk memperlihatkan mesej SMS, kerana panik Adriana langsung melarikan. Setelah ia merasa jaraknya dengan kekasihnya sudah cukup jauh, ia tanpa berfikir panjang terus menelan telefon miliknya secara bulat-bulat.
Tidak disebutkan pula, telefon apa yang ditelan Adriana. Untuk mengeluarkan telefon tersebut, pihak hospital melakukan prosedur pembedahan untuk mengeluarkannya.
Pen Global: Dah terantuk baru nak tergadah, lain kali jangan curang kan dah kantoi hehehehe..

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Gambar-Gambar #VillaNabila Yang Sedang Hangat

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil dari sumber Twitter KYM International dan facebook .
Difahamkan, sebahagian besar daripada remaja yang didakwa hilang selepas memasuki Villa Nabila telah ditemui.
Namun, seorang daripadanya dikatakan telah dirasuk dan terpaksa ditenangkan. Kebenaran di sebalik kisah ini masih disiasat.
Sumber

Pen Global: Tiada penyakit jangan cari penyakit, ramai yang cari glamour sekarang huhuhuhu.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Alat Rehat Tangan Ketika Guna Komputer



BAGI mereka yang bekerja berjam-jam duduk dan meghadap komputer atau laptop seperti wartawan atau penulis, gajet seperti alat merehatkan lengan atau siku semestinya sesuai.

Biasanya, mereka yang bekerja dalam jangka masa yang lama sebegitu akan mengalami rasa lenguh terutamanya di bahagian siku.

Sejenis gajet yang memudahkan anda untuk merehatkan lengan anda ada dijual di secara online rupanya yang dipanggil Ergo Arm Rest.

Gajet ini boleh dilaraskan mengikut panjangan tangan dan ketinggian penggunanya.
Ia dijual pada harga $110 Dolar Amerika kira-kira RM353 sebuah.

Bagaimanapun, tidak diketahui produk sebijak ini, boleh dibeli atau tidak di Malaysia.


Pen Global: memang sesuai sangat nih, tapi bila tengok harga tu terbantut sekejap. 


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI..



Gambar hiasan

Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pen Global: Dah macan dalam filem tamil pulak. macan-macan hal dunia sekarang.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---