Pelatih Polis wanita lahir anak perempuan dalam tandas HKL


Pada 15 Apr 2014 lebih kurang jam 11.40 pagi, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa seorang wanita yang dikenal pasti sebagai pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL, telah melahirkan anak perempuan di dalam tandas Jabatan Kecemasan Hospital berkenaan.

Kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan sihat dan bayi tersebut disahkan oleh pakar perbidanan dilahirkan cukup bulan.

Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan 2014 dan disahkan Negatif oleh Jabatan Pathologi HKL.

Sepanjang menjalani latihan di PULAPOL, tidak terkesan sebarang perubahan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda kehamilan disebabkan saiz badannya yang kecil.
Pelatih dirujuk ke HKL pada 15 Apr 2014 satelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.

Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel air kencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.

Tindakan ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai berupaya mengurangkan konsentrasi hormon Beta HCG yang memberi kesan Positif dalam ujian kehamilan.

Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini. (FB PDRM)

ADUN Paloh Dari UMNO Terlibat Kemalangan Ngeri



KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya maut selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang tadi di kilometer 24 Keramat Pulai dekat Cameron Highlands.
Berdasarkan maklumat diterima, kenderaan yang dipandu sendiri Nozula dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit.
Kenderaan itu dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.
Beliau kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan.
Bagaimanapun isteri beliau dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi.