Inilah Universiti Pertama Untuk Pondan Di Thailand



Ketika tuntutan persamaan hak sudah dilontarkan dan persamaan persepsi sudah boleh diterima di masyarakat, maka dibentuklah satu Universiti yang mahasiswanya adalah para peserta transgender ataupun pondan.

Universiti ini ada di Thailand, yang menjadi syurga kebebasan transgender tentunya. Pendidikan yang diberikan lebih ke arah pembekalan diri bidang ilmu ketrampilan, seperti Pengembangan Kepribadian, Tata Makanan, Tata Busana, Tata Rias.

Pen Global: Dunia dah semakin tak keruan. Tidak cukup dengan apa yang ada, dah dilahirkan lelaki nak jadi perempuan, lahir perempuan nak jadi lelaki. Semakin hari semakin celaru.. semoga tenguh iman dan tetaplah pendirian ini. Lepas nih Universiti apa pulak yang muncul..?


Raja Azmi sah bergelar isteri Eddie (CRK)


KUALA LUMPUR: Produser filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali, 45, dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya di sini pada malam Ahad.

Akad nikah berkenaan telah disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Ul-Ihsan Mejar (B) Ismail Wan Ahmad kira-kira pukul 9.20 malam.


Pen Global: Tahniah di ucapkan kepada Raja Azmin dan pasangan, semoga berbahagia hingga ke ahkir hayat. benda baik elok kita alu-alukan semoga tiada lagi cerita bikin panas selepas ini.

10 Manusia Yang Rupa Mereka Mirip Watak Kartun

Sepuluh orang yang menyerupai watak kartun popular di dunia.

 Carl Fredricksen, Up:


 Alfredo Linguini, Disney Pixar's Ratatouille:


 Eric Cartman, South Park.:


 Peter Griffin, Family Guy.:


 Dora The Explorer:


 Popeye:


 Mario Bros:


 BEAVIS:


 Meg, Family Guy:


 Ned Flanders, The Simpsons:


 Real-Life Cinderella Story:

Sumber : Portal Cetera

Pen Global: Sama tapi tak serupa, anda bagaimana? agak-agak watak kartun yang mana serupa dengan anda? Jangan perangai macan kartun sudah... :)


Fossil Nyamuk Mengandungi Darah Berusia 46 Juta Tahun Ditemui



WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.

"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt. Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah. Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.

Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C. Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.


"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt.

Pen Global: Adakah fantasi seperti dalam filem Jurassic Park akan menjadi kenyataan? maka akan lahir dinasour yang ganas lagi ngeri... Agaknya darah sapa lah yang nyamuk tu gigit.


Mayat Pelumba Haram Dibiarkan Ditengah Jalan.



Mayat seorang lelaki, Tao Lung, di China yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.

Menurut info, mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.

Setelah pihak polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung yang tidak bertutup itu ke dalam van.

Lung, 28, maut selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya. Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.

Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan. Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman.

Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.

“Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,’’ kata salah seorang penduduk.

China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia. Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.

Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.-agensi.


Pen Global: Bila dah haram tu kat mana-mana di dunia nih orang tak suka. Cari lah yang halal semoga tidak menyusahkan orang. Ini semua lahir dari sifat ingin tunjuk akulah yang terhebat...



Kempen Cium Untuk Pamer Kasih Sayang Dikecam

Magribi : Tindakan berbelas-belas pasangan yang melancarkan kempen `cium’ sebagai simbolik menyokong dua remaja yang ditangkap selepas memuat naik gambar mereka bercium dalam Facebook, telah mendapat kecaman ramai.
Meskipun pasangan tersebut mendakwa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian di khalayak ramai, namun perbuatan berkenaan mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu.
Sebelum ini lebih 2,000 orang menyatakan hasrat untuk menyertai kempen cium tersebut, namun akhirnya hanya 12 pasangan yang hadir.
Mereka berkumpul di depan bangunan Parlimen dan perbuatan tersebut ditunjukkan kepada wartawan serta orang ramai di situ.
Kumpulan itu dengan bangganya menyatakan bahawa perbuatan cium tersebut sebagai melambangkan kebebasan untuk mempamerkan perasaan kasih sayang.
Namun sekumpulan pemuda yang marah dengan perbuatan biadap pasangan tersebut, telah membalingkan kerusi ke arah mereka.
“Ini adalah negara Islam dan bercium di khalayak ramai adalah dilarang. Meskipun ia hanya satu ciuman, namun perbuatan ini boleh mendorong kepada perkara lain.
“Terdapat kumpulan yang tidak beragama yang melakukan perbuatan ini bagi menentang Islam,’’ katanya.
Kempen itu dianjurkan selepas sepasang remaja berusia 14 dan 15 tahun memuatnaik gambar bercium di dalam Facebook. Gambar itu dirakamkan oleh rakan mereka, seorang remaja berusia 15 tahun.
Mereka ditangkap minggu lalu dan kini ditahan di pusat tahanan juvana.
Pen Global: Dunia dah semakin hampir nak kiamat. Apa rasionalnya mempertahankan hak bercium? maruah diri semakin hari semakin hilang. Satu masa berjuang untuk hak telanjang pulak.. Bila ajaran agama di anggap penghalang kebebasan.


Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo


Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo | Hawaii – Seorang penyelam wanita bernasib baik kerana terselamat daripada serangan jerung selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri yang dipelajarinya.
Mariko Haugen yang merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui tanpa menyedari  seekor jerung harimau mendekatinya.
Tiba-tiba, jerung tersebut menyerang Mariko dan dengan kemahiran yang dia ada, Mariko segera menumbuk hidung haiwan ganas itu.
“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.”
“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk.” jelasMariko.
Jerung berkenaan segera meninggalkan tempat itu apabila ditumbuk, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang melarikan diri ke pantai.
Mariko cedera terkena gigi ikan tersebut dan memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya.
Pen Global: Seni mempertahankan diri nampaknya buka sahaja berguna di darat, dalam laut. Ini berita gembira untuk mereka yang ada kelas seni mempertahankan diri. Teringin nak belajar kalari payat.. bukan tandori payat yer. :)

Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal mengenai kelebihan istighfar


Kelebihan Istighfar | Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal mengenai kelebihan istighfar.

Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (mungkin kerana dia tidak mengenali Imam Ahmad bin Hambal). Puas Imam Ahmad bin Hambal memujuk penjaga masjid tersebut, namun tidak berhasil.

Sehingga akhirnya Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hambal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.” Imam Ahmad bertanya: “Apakah doa itu?”


Pembuat roti pun berkata: “Aku sangat menginginkan bertemu dan melihat Imam Ahmad bin Hambal.” Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hambal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Pen Global: Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. :)


SMS Lawak Dan Lucu Hari Raya Korban



SMS Hari Raya Korban dan Himpunan SMS Lawak Dan Lucu Hari Raya Aidiladha. Esok kita akan menyambut hari raya korban atau juga dikenali sebagai hari raya aidiladha. Sudah menjadi seperti kemestian setiap kali musim perayaan mesti ramai yang akan sibuk menghantar SMS lawak ataupun ucapan lucu sempena Hari Raya Korban atau Aidiladha untuk sanak saudara ataupun rakan-rakan kita. Berikut ialah beberapa koleksi SMS lawak sempena Hari raya aidiladha atau Hari Raya Korban.SMS Kreatif Hari Raya Aidiladha | SMS Hari Raya Korban ini seperti di bawah..


----------------------------------
Biasanya
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
kuramas kau punya… kau ramas ku punya
kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
kemudian kita goyang bersama.
itulah tanda kita bersalam mesra,
SeLaMaT HaRI RaYa Aidiladha…
__________________________________
ISNIN cari SELASA,
nak tanya nampak tak RABU,
agar ingatkan KHAMIS beritahu,
JUMAAT supaya tak lupa,
mesej kat SABTU
yang AHAD dah raya!!!
__________________________________
Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
__________________________________
Allahu akbar 3x! Berita penting, harap sebarkn! Pasti tjadi! Kita akan bemandi darah d sluruh negara. Kpd semua org islam, siap sedia & asah parang, keris, pisau dll dr skrg hingga 19hb ini, Kita akan sembelih lembu, kambing,kerbau,kibas dan unta. Kita buat sop.Slmt Hari Raya Qurban..maafzahirbatin.
__________________________________
Bunyi lembu mcm mana? moOO…. bagus, bunyi kambing mcm mana? mbeEKK… bagus2 tahniah esok anda boleh dijadikan korban. SELAMAT HARI RAYA AiDiLADHa
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR.
__________________________________


Pen Global: Jom wish raya korban sesama kita…SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..SELAMAT BERKORBAN..



Pengantin Tersilap Suami, Pengapit Jadi ‘Mangsa’

aaa

Napo: Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan hubungan kelamin pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.


Read more..


Pen Global: Berhati-hatilah, jangan gelojoh nanti padah jadinya. Pernah dengar cerita dogeng macam nih, sekarang betul punya dah berlaku. Awas para pengatin baru.. gunakan kata kunci yee hehehehehee


Kes Uli Doh Dengan Kaki, Jualan Roti Benggali Terjejas


GEORGETOWN – Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu.

Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar.

Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru.


Pen Global: Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana kaki roti tak laku.. hehehehe. Berhati-hati lah memilih makanan, biar bersih kelak meracun diri sendiri. Tapi kalau berita tak sahih jangan lah sebar, nanti ada yang hilang punca rezeki. Nak betul-betul bersih uli sendiri.


Wanita Tersangkut Atas Jambatan Setinggi 20 Kaki



Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.


Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.

Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan.

Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.

Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.

Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.

Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.

Oleh: ELZA

Pen Global: Biar lambat asal selamat, zaman sekarang semua nak cepat. Apa yang di kejar pun tak tahu. Di jalan raya semua nak potong barisan. kalau meniaga semua nak cepat kaya. Walau dah berkali-kali kena tipu dengan berbagai skim, masih ramai berminat kalau baca ayat labur RM1000 dapat RM10000. Pengajaran, serdahanalah dalam semua pekara. 


David Teo : Tak perlu takut pada saya, tapi takutlah pada Tuhan


KUALA LUMPUR – “Tidak perlu takut dengan saya, tapi takutlah dengan Tuhan. Perkahwinan perkara baik dan dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi Islam. Jadi apabila perkara ini dirahsiakan, ia akan mengundang fitnah dan kontroversi.
“Saya tak pernah menghalang mana-mana artis di bawah naungan saya daripada berkahwin. Dalam hal ini, perkara baik tidak sepatutnya disembunyikan.
“Saya berkali-kali bertanya Wawa (Zainal) dan Aeril (Zafrel) mengenai perkara ini, tapi mereka menafikannya, sebaliknya hanya menjelaskan mereka hanya berkawan.

Pen Global: Kenapa perlu takut pada makhluk? sekarang siapa yang bagi ruang untuk diri di fitnah.. Itulah hikmah kenduri perkhawinan untuk elak dari di fitnah. Bijak macamana sekali memberi jawapan dan alasan hak tetap hak yang batil tetap batil. Saja Bikin panas :)

Nanti jemput pen global untuk kenduri khawin....


Seram Dan Mengerikan Untuk Filem Hantu



Untuk mempromosi filem seram bertajuk 'The Last Exorcism, Part II' yang akan ditayangkan tak lama lagi, satu kempen, atau lebih tepat lagi jika digelar satu prank jahat dan menakutkan telah dirancang di sebuah salon rambut. Prank yang menggunakan watak hantu daripada filem tersebut dilakukan dengan menakutkan pelanggan salon tersebut yang sedang memotong rambut, yang kesemuanya terdiri daripada pelanggan wanita.