Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo


Wanita Tewaskan Jerung Dengan Taekwondo | Hawaii – Seorang penyelam wanita bernasib baik kerana terselamat daripada serangan jerung selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri yang dipelajarinya.
Mariko Haugen yang merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui tanpa menyedari  seekor jerung harimau mendekatinya.
Tiba-tiba, jerung tersebut menyerang Mariko dan dengan kemahiran yang dia ada, Mariko segera menumbuk hidung haiwan ganas itu.
“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.”
“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk.” jelasMariko.
Jerung berkenaan segera meninggalkan tempat itu apabila ditumbuk, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang melarikan diri ke pantai.
Mariko cedera terkena gigi ikan tersebut dan memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya.
Pen Global: Seni mempertahankan diri nampaknya buka sahaja berguna di darat, dalam laut. Ini berita gembira untuk mereka yang ada kelas seni mempertahankan diri. Teringin nak belajar kalari payat.. bukan tandori payat yer. :)
ADS

0 comments:

Post a Comment