5 Hacker Perempuan (Cewek) Yang Paling Cantik Dan Mengiurkan

Salam sejahtera... Bila orang sebut mengenai penggodam (hackers), biasanya yang terlintas di bayangan adalah seorang ulat buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang nerd. Kemampuan serta kehebatan hackers perempuan juga tidak kalah dengan kaum adam. Mari kita terjah hackers perempuan yang cantik, cun dan seksi ini...

Joanna Rutkowska mula dikenali dalam persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas pada Ogos 2006. Pada waktu itu, Rutkowska mendemonstrasikan proses serangan (hacking) yang telah dia lakukan terhadap sistem Windows Vista. Tidak hanya itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsawa, Poland. Sebuah syarikat yang memfokuskan  keselamatan sistem operasi VMM serta perkhidmatan rundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang merangkumi 'full protect security'. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka untuk Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketat sistem keselamatan dalam Windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat dicari untuk diajak bekerjasama.


Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi di New York University. Kristina sempat popular kerana  beliau mengodam jutaan dolar dari beberapa bank di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bersama dengan pasukannya, Kristina menyedut duit dari ribuan akaun bank sebelum akhirnya tertangkap pada November 2010. Hacker cantik ini menggunakan virus Zeus Trojan Horse untuk menyerang akaun-akaun tersebut. Ramai orang berpendapat bahawa Kristina merupakan salah satu hacker terseksi yang pernah ada.


Raven Adler, seorang gadis bergaya gothic menjadi wanita pertama yang melakukan presentasi di DefCon Hacker Conference. Namun, Raven lebih senang jika untuk dikenali kerana kemampuannya sebagai hacker dan diakui oleh orang lain. Kebelakangan, ia cukup aktif mengubah, mengakses, dan mengaudit untuk keamanan di pelbagai agensi.
 

Xiao Tian, mula dikenali sejak 19 tahun lagi. Kehebatannya dalam dunia hacking juga tidak diragukan lagi. Search engine nombor satu di dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat dari Xiao Tian dan pasukannya,  China Girl Security Team. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Xiao Tian dan hackers-hackers lain, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.


Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai orang tak mungkin percaya bahawa beliau adalah seorang hacker. Pekerjaan sebenar Ying pula adalah seorang guru di Shanghai, China.

Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti bagaimana mengganti IP Address dan bagaimana memanipulasi password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai hacking.


Pen Global: Hanya boleh hack dalam saji jee cari apa yang masih tinggal. Pengajaran jangan nilai orang melalui luaran sahaja. 


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Kerana Gambar Di FB, Suami Bunuh Diri


SEORANG jurutera perisian di wilayah Chennai, India membunuh dirinya selepas bertengkar dengan isteri barunya ekoran beberapa gambar perkahwinan mereka yang dimuatnaik ke laman Facebook.

Menurut sumber Younews.in, Chandan Kumar berusia 29 tahun dari daerah Jharkand dan isterinya Sandhya dari Chennai berkahwin di sebuah gereja di Chennai baru-baru ini walaupun ia ditentang keras oleh keluarga Chandan.

Sandhya beragama Kristian manakala Chandan berasal dari sebuah keluarga penganut Hindu menentang perkahwinan itu kerana perbezaan agama mereka.

Akhirnya Chandan mengambil keputusan membelakangkan keluarganya dan berkahwin di gereja dengan restu daripada keluarga Sandhya.

Selepas perkahwinan itu, Sandhya memuatnaik gambar perkahwinan mereka di Facebook dan menandakan (tag) nama Chandan sehingga ia diketahui sepupu lelaki itu yang kemudian memberitahu keluarganya.

Keluarga Chandan segera menghubunginya dan meluahkan rasa marah, kecewa dan tidak puas hati ekoran gambar-gambar berkenaan dan mahu ia dipadam segera dari laman sosial itu.

Bagaimanapun isterinya tidak bersetuju untuk membuang semua gambar berkenaan.

Pada Sabtu lepas, mereka berdua bertengkar dan tidur di bilik berbeza. Pada keesokannya, Chandan didapati tidak keluar daripada biliknya. Ketika pintu bilik dibuka, Sandhya mendapati Chandan telah mati dalam keadaan tergantung bersama sekeping nota bunuh diri.

Dalam nota berkenaan, Chandan berkata yang dia masih sayangkan isterinya tetapi kecewa kerana isterinya enggan membuang gambar berkenaan keluar dari Facebook dan dia mengambil keputusan mengakhiri riwayat hidupnya.

Pen Global: Adakah salah facebook atau kerana mempertahankan kepercayaan beliau. Facebok dah semakin bahaya sekarang, bila kehidupan sosial menjadi global.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Bukan Lawak: Ultrabook Dell Berbau Kencing Kucing


Biasanya setiap kali membeli barang baru, kita pasti dapat hidu bau tertentu. Tapi bagi yang membeli komputer riba Ultrabook Dell Latitute 6430u baru, bau yang akan terhidu adalah kencing kucing!

Perkara ini bukan satu lawak apatah lagi cubaan untuk menjatuhkan syarikat pengeluarnya, Dell, kerana ia berdasarkan banyak aduan yang difailkan pembeli gajet ini.

Malah aduan dipercayai bermula di forum Dell sendiri, apabila wakil syarikat ini memberikan cadangan supaya pembeli membuka papan kekunci dan mencucinya.

Pengguna lain kemudiannya tampil dengan masalah sama. Kebanyakan mereka tidak menyangka ia benar-benar berbau demikian dari kilang hingga ada yang tersilap menyalahkan kucing milik mereka.

Ada yang merungut, mereka berasa malu membawa komputer riba tersebut ketika bertemu pelanggan kerana baunya. Malah bau tersebut dikatakan tidak hilang meskipun telah dicuci.

Bagaimanapun, pembeli Ultrabook boleh menarik nafas lega kerana bau tersebut bukanlah betul-betul kencing kucing.

Menurut agensi berita BBC, bau tersebut terhasil ketika proses pembuatan komputer riba berkenaan.
Dell pula memberi jaminan, pelanggan yang menghadapi masalah ini boleh memulangkan Ultrabook Dell Latitute 6430u kembali untuk menggantikan bahagian yang berbau. – REM RAMZI


Pen Global: Adakah komponen dia diperbuat dari sumber kuching? mana tahan dok hidu bau hanching.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Spesies Ikan Lumba-Lumba Baharu


WASHINGTON – Spesies baharu ikan lumba-lumba ditemui semasa beberapa ekor haiwan itu berenang di luar pantai utara Australia, lapor satu pasukan saintis dalam minggu ini.

Menurut seorang ketua pengkaji haiwan itu yang disiarkan dalam jurnal Molecular Ecology, spesies baharu itu masih belum diberikan nama.

Spesies baharu yang ditemui itu adalah daripada keluarga ikan lumba-lumba kelasa.
Sebelum ini terdapat tiga spesies ikan lumba-lumba kelasa yang telah diiktiraf oleh para pengkaji haiwan tersebut.

Tiga spesies itu ialah ikan lumba-lumba kelasa Atlantik, ikan lumba-lumba kelasa Indo-Pasifik dan ikan lumba-lumba Indo-Pasifik Sousa chinensis.

Ikan lumba-lumba baharu yang ditemui itu tidak mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada tiga spesies tersebut.
Seorang ahli biologi yang menganggotai pasukan mengkaji spesies baharu itu, Guido Parra dari Universiti Flinders, Adelaide, Australia berkata, nama spesies baharu itu perlu mempunyai kaitan dengan Australia. – Agensi

Pen Global: Manusia pun macan-macan jenis spesis sekarang yang dapat kita temui, terbaru spesis candy crush.
                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Tampal Kulit Dada Di Muka Di China


Beijing – Sekumpulan pakar perubatan China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.

Lebih menarik wajah gantian itu adalah hasil kulit yang tumbuh secara klinikal pada dada gadis terbabit.
Pembedahan itu dijalankan di bandar Fuzhou, Fujian, tenggara China.

Selepas pembedahan itu berjaya, Xu Jianmei, 17, sedar dengan dagu, kelopak mata dan telinga yang baru.
Xu ditimpa kemalangan ketika dia berusia lima tahun.

Kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada wajahnya.
Disebabkan kemiskinan ibu bapa Xu tidak dapat menghantarnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memaksa dia hidup dengan wajah tidak sempurna.

Namun Xu diberi harapan baru selepas ditemui sekumpulan pakar perubatan yang menawarkan pembedahan percuma kepadanya.

Kini, selepas 12 tahun Xu dapat mengukir senyuman dengan sempurna.
Pembedahan dijayakan selepas pakar perubatan membina kulit dan struktur baru menggunakan tisu dadanya.

Pasukan perubatan terbabit mengimplan saluran darah dari kaki Xu ke dadanya dan menggunakan belon berisi air bagi meregangkan kulit di bahagian itu.

Ia dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan kulit secukupnya untuk dijadikan wajah baru Xu.
Klip video daripada prosedur pembedahan selama lapan jam menunjukkan Xu terbaring di katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Wajahnya kelihatan membengkak tetapi lapisan kulit baru yang licin kini menutupi wajahnya yang penuh dengan kesan melecur.

Ketua pasukan pembedahan itu, Jiang Chenhong berkata, dengan wajah baru itu Xu boleh menzahirkan ekspresi wajahnya dengan lebih tepat. – Agensi



                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak

‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak
‘Botingkek’ Digugurkan Dari AIM Sebab Lagu Ciplak - Lagu ‘Botingkek’ nyanyian Waris dan Juzzthin sememangnya cathy dan menjadi siulan ramai.
Justeru apabila ia tersenarai dalam pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) ramai peminat lagu ini tumpang gembira.
Malangnya, badan penilai AIM 20 telah membuat keputusan untuk menggugurkan lagu ini daripada senarai setelah mendapati lagu tersebut mempunyai persamaan dengan lagu ‘Racks’ nyanyian rapper Amerika Syarikat, YC.
Perkara ini diumumkan Ketua Juri AIM 20, Datuk Ramli MS kepada akhbar Berita Harian.
Jika tidak digugurkan, ‘Botingkek’ yang merupakan lagu ciptaan DJ Fuzz akan berentap dengan empat lagu lain bagi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.
Menurut Ramli, hasil penilaian mendapati ‘Botingkek’ mempunyai persamaan dari mula hingga akhir dengan lagu ‘Racks’.
Bagaimanapun sebuah lagi lagu yang dinilai semula kerana mempunyai unsur ciplak iaitu ‘Inilah Janjiku’ nyanyian Amran Ismail tidak menerima nasib sama seperti ‘Botingkek’.
Lagu yang dikatakan menciplak ‘I Heart You’ nyanyian kumpulan Indonesia, Smash itu terselamat kerana didapati persamaan yang wujud tidak banyak.
Begitu pun peminat Waris masih boleh berbangga kerana sebuah lagi lagunya, ‘Rembau Most Wanted’ masih tercalon dalam AIM 20.

Pen Global: Kalau sikit-sikit ada persamaan itu ok lah, kalau dah a sampai z sama susah lah sikit nak cover. Suka yang asli.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Faizal Ismail Jadi DJ Sambilan Selepas Disember Nanti




Beberapa hari lalu, kecoh seketika apabila penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail membuat pengumuman di laman sosial miliknya bahawa dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai penyampai stesen radio tersebut.

Selepas beberapa hari, akhirnya selebriti ini mengambil keputusan untuk membuat pengumuman rasmi sekaligus menamatkan tanda tanya di kalangan peminat tentang tindakan drastik yang diambilnya sebelum ini.

"Saya memang mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio Hot FM tetapi bermula Disember ini saya akan kembali ke stesen itu sebagai penyampai sambilan sahaja. Saya akan ke udara pada hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad.

"Saya mengambil langkah ini untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya jalankan iaitu FBI Entertainment yang saya usahakan bersama isteri. Saya mahu pecahkan kepompong, luaskan pengalaman dan mencabar diri untuk terlibat dalam bidang perniagaan pula dan saya mahukan perubahan dalam hidup.

"Selepas ini, perniagaan adalah keutamaan. Setakat ini, saya tidak berminat langsung untuk ke stesen radio lain seperti yang diperkatakan ramai. Bagaimanapun saya masih mengacarakan rancangan televisyen seperti biasa," ujarnya dalam satu sidang media khas pengumuman tersebut yang diadakan di Marche, The Curve sebentar tadi.

sumber: Kezoom

Pen Global: Dah jumpa peluang baru, elok juga berubah agin untuk majukan diri.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang

SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang
SEGERA: Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang -GEORGE TOWN : Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.
“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.
“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. 
Pen Global: Trauma bila tengok pak guard dengan pump gun.

Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala

Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala
Ke Hospital Sendiri Dengan Pisau Di Kepala - JILIN : Pisau tertusuk di kepala. Pasti sesiapa pun yang melihat keadaan Ho Lung akan terkejut dan menjerit, namun tidak bagi lelaki ini.
Dia dengan tenang masuk ke unit kecemasan sebuah hospital.
Jururawat yang bertugas juga terkejut menyaksikan keadaan Ho Lung dan tanpa perlu mengisi sebarang boring, Ho Lung terus dibawa ke doktor untuk rawatan segera.
Pisau pemotong buah yang tertusuk di bahagian tengkorak kepalanya.
Nasib baik ia tidak mencederakan mana-mana salur darah di kepalanya.
Selepas imbasan x-ray dijalankan, dia telah menjalani pembedahan selama tiga jam.
Selepas sedar, Ho Lung meminta supaya dia dibenarkan keluar dari hospital, biarpun kepalanya masih berbalut.
Doktor akhirnya membenarkan Ho Lung keluar dari hospital dan dia juga berjanji untuk kembali semula untuk pemeriksaan rutin.
Ditanya bagaimana pisau itu boleh tertusuk di kepalanya, Ho Lung enggan memberikan penjelasan lanjut, sebaliknya memaklumkan ia berlaku akibat satu permainan.
“Saya bermain satu permainan bodoh dengan kawan saya dan sesuatu telah berlaku menyebabkan kepala saya terkena pisau ini. Ia merupakan perbuatan bodoh dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,’’ katanya –
Pen Global: Pengajaran dia janganlah main dengan permainan bodoh. Banyak lagi permainan yang boleh jadikan anda cerdik.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

TANDA-TANDA KETAGIHAN INTERNET




Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. 

Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. 

Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba.

Hindarilah ketagihan internet agar kesihatan anda terjaga dengan baik dan aktiviti harian anda tidak terganggu. Ia juga akan melibatkan prestasi kerja anda akan terganggu.

Berikut bolehlah dikatakan sebagai tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.

1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.

3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”

4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!

5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!

6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!

7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”

8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”

9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”

10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”

11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”

12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).

13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.

14. Tidur terganggu kerana online.

15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.

16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”

17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.

18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.

19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”

20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”



Pen Global: Sila Semak jika anda mempunyai ciri-ciri di atas. 


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Casing iPhone Khas Untuk Perokok Tegar

Ringan dan dibina pada bahagian dalam 'casing' telefon pintar, namun, apa yang dapat menjadikan ia relevan kepada perokok? Aksesori unik ini dinamakan Firecase - 'Casing' perlindungan untuk iPhone dengan bateri khas terbina pada bahagian dalam yang mampu bertahan sebanyak 100 Booster (kali petikan). Terima kasih kepada elemen pemanas yang dibina pada bahagian dalam, ia boleh menghalang angin dari menyukarkan nyalaan api rokok, dan reka bentuknya yang padat dan kompak tidak banyak meningkatkan saiz telefon pintar anda. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna pilihan dan baterinya boleh dicas dengan menggunakan wayar USB.





Pen Global: Dulu hanya untuk telefon, ditambah dengan kamera, nah sekarang satu lagi ditambah. Lighter untuk perokok tegar. Apa agaknya yang boleh ditambah lagi pada handphone.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Ayam Dengan Organ Dalaman Berwarna Hitam (6 Gambar)

Ayam Dengan Organ Dalaman Berwarna Hitam | Pernahkah korang melihat isi dan organ dalaman ayam berwarna hitam? Bukan bulu atau kulitnya sahaja, tetapi keseluruhannya. Namun, hakikatnya, semamangnya terdapat ayam yang berwarna hitam dan ia popular di asia terutamanya di China. Ayam tersebut dinamakan Silkie. Ayam Silkie merupakan kategori ayam yang cantik dari segi bulu dan kulitnya. Tiada beza dengan ayam biasa, namun, masyarakat tempatan merasakan isi ayam Silkie lebih manis dan sedap dari ayam biasa.





Pen Global: Agak ngeri mau makan, yang dah biasa boleh lah. dah macan arang pun ada. Selera tak nak makan.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Die Hard Fan Belanja RM 200,000 Untuk Pembedahan Plastik Muka Justin Bieber

Toby Sheldon yang berusia 33 tahun adalah seorang peminat Justin Bieber yang tidak jemu untuk nampak sepertinya. Dia telah belanja sehingga RM 200,000 agar kelihatan seperti dia. Adakah dia nampak serupa selepas itu?








Pen Global: Kalau dah minat apa sahaja sanggup lakukan. Carilah minat dalam mencari kejayaan dalam hidup sudah pasti kita sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Projek Gambar Haiwan Hilang Dalam Alam Semulajadi

Hasil kreatif ini adalah dari Art Wolfe. Berapa lama untuk anda mencari haiwan yang terdapat di dalam gambar di bawah ini. Memang ada yang berada di depan mata anda, tetapi anda tidak perasaan langsung.




Pen Global: Sungguh kreatif, anda jumpa binantang apa yang hilang?


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---