Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin

Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin

Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin - TIKAM BATU : Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.
Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.
Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.
“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.
“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.
Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.
“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.
“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.
Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.
Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.
“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.
“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.
“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.
Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.
“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Pen Global: Dah separuh baru sedar, jawabnya kek itu sbenarnya berperisa cicak hehehehe..
                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Nafsu Pelik, Lelaki Cabul Wanita Hamil

Nafsu Pelik, Lelaki Cabul Wanita Hamil

Nafsu Pelik, Lelaki Cabul Wanita Hamil - KUALA LUMPUR : Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.
Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.
Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.
Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.
Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.
Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.
Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.
Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.
Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.
Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.
“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.
Dia memberitahu perbuatan itu bertujuan memudahkannya menyapu air jampi kononnya amat hebat sehingga mampu menghilangkan kesakitan,” katanya.
Selepas puas meneroka tubuh mangsa, bomoh celup itu meninggalkan wanita terbabit sambil mendakwa dia perlu memberikan pertolongan kepada pesakit lain.
Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru itu, keengganan mangsa memenuhi kemahuannya untuk menanggalkan pakaian menyebabkan dia terpinga-pinga.
Usahanya untuk memerangkap mangsa tidak berhasil apabila pengawal keselamatan ‘menghalaunya’ kerana waktu lawatan sudah berakhir.
Berikutan itu, rahsia identiti suspek terbongkar sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.
Difahamkan, lelaki itu diberkas di kawasan hospital berkenaan kira-kira jam 7 malam kelmarin, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.
Pen Global: Macam-macam ketagih sekarang, yang boleh jadi contoh ialah usaha dia. Sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai hanjat dan kehendak.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Kanak-Kanak Yang Menggoda 20 Ribu Pedofilia

Kanak Kanak Yang Menggoda 20 Ribu Pedofilia

Kanak-Kanak Yang Menggoda 20 Ribu Pedofilia - Apabila seorang kanak-kanak Filipina dikenali sebagai Sweetie muncul dalam satu forum di internet, satu fakta membimbangkan terbuka iaitu – ramai orang dewasa pada hari ini sebenarnya sakit!
Sweetie yang sebenarnya hanya imej janaan komputer, dihasilkan untuk memerangkap pedofilia atau orang dewasa yang tertarik pada kanak-kanak secara seksual.
Selepas 10 bulan, lebih 20,000 orang didapati memberikan respon kepada Sweetie termasuk menawarkan wang ringgit untuk melihatnya beraksi depan kamera secara seksual.
Daripada jumlah itu 999 orang dapat dikenalpasti identitinya termasuk 254 dari Amerika Syarikat dan 110 dari Britain. Kesemua mereka adalah lelaki kecuali seorang, perempuan.
Idea mengesan pedofilia cara ini dilakukan menerusi Program Terre des Hommes di Holland.
Susulan hasil kajian yang membimbangkan ini, pertubuhan kebajikan tersebut menggesa seluruh negara di dunia memperketatkan undang-undang berkaitan pemangsa kanak-kanak.
Sementara itu, identiti pedofilia yang berjaya dikenalpasti menghantar isyarat lucah kepada Sweetie telah dihantar kepada Interpol. Mereka bagaimanapun hanya boleh ditahan setelah pihak polis mempunyai kukuh untuk melakukan pendakwaan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan lebih 750,000 pedofilia berada di talian internet pada satu-satu masa dan 2 juta kanak-kanak terbat dengan kegiatan pelacuran di seluruh dunia.
                         
Pen Global: Kalau dah sakit yang mana palsu yang mana betul pn dah boleh beza. Ramai juga yang sakit kat dunia ini. Dunia semakin nyayuk, atau penghuninya dah semakin sakit.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri

Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri

Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri - SEORANG kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar.
Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya.
Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam.
Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan.
Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen’s di Nottingham malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk.
Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire.
Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha.
Pen Global: Kalau dah boleh makan tuan, itu dah berbahaya. Sekarang ramai manusia lebih sayang pada binatang dari sedara sendiri.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Pierre Andre Memang Cari Hantu Di Highland Tower

Pierre Andre Memang Cari Hantu Di Highland Tower


Pierre Andre Memang Cari Hantu Di Highland Tower - KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre mengaku bahawa filem Highland Tower pada asalnya adalah satu misi yang bertujuan untuk mencari hantu yang sebenarnya dan bukanlah dibuat untuk filem.
“Saya rasa, saya lebih layak digelar penyusun cerita berbanding pengarah untuk filem ini. Sejujurnya, ia bukanlah dibuat untuk diterbitkan untuk dijadikan filem.
“Ia pada asalnya bertujuan untuk membuat satu dokumentari. Bagaimanapun, selepas menyusun semual VT yang dirakam oleh krew, ia lebih sesuai dijadikan filem.
“70 peratus daripada VT yang penonton lihat adalah visual yang asal tanpa ada suntingan. Manakala, 30 peratus yang lain adalah tambahan dan lakonan semula bagi menguatkan lagi jalan cerita sebenar filem ini,” katanya.
Menjelaskan mengenai pembikinan filem ini, Pierre mengatakan pihak produksi hanya mengambil masa lima hari penggambaran saja.
“Setiap skrip yang ada dalam filem ini adalah luahan kata jujur daripada pelakon. Tiada tokok tambahnya.
“Saya rasa takut buat filem ini kerana banyak benda dan cabaran yang kami lalui. Nak buat lagi satu, terpulang kepada jumlah kutipan lagi,” jawab dalam nada ketakutan.
Dalam pada itu, pihak terbitan filem ini iaitu MIG (Metrowealth) menerima laporan bahawa ada penonton di rasuk dan histeria selepas menonton filem berkenaan di pawagam.
Oleh itu, pihak MIG telah menasihatkan kepada mereka yang lemah semangat supaya tidak menonton filem tersebut demi keselamatan masing-masing. 
Pen Global: Jadi ini kisah benar lah, tahniah kreativiti baru dalam pembikinan filem tanahair.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Apa Kes, Sharifah Sakinah Masuk Hospital Mental?

Sharifah Sakinah Masuk Hospital Mental?

Apa Kes, Sharifah Sakinah Masuk Hospital Mental? | Sekeping gambar kini tersebar dilaman sosial menunjukkan selebriti hangat dan suam-suam kuku, Sharifah Sakinah berada didalam sebuah van pusat rawatan mental Sg. Buloh. Apa yang berlaku sebenarnya? Mungkinkah ini hanya salah satu lakonan atau daya tarikan untuk beliau lagi selepas video budak bawah umur baru-baru ini?

Pen Global: Macam-macam cara nak glamer, macam betul jee macam bagus jee hehehehe.



                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Budak Maut Digilis Penggelek

Budak Maut Digilis Penggelek
Budak Maut Digilis Penggelek - MIRI : Keriangan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menunggang basikal bersama bapanya tidak berpanjangan apabila dia maut selepas digilis jentera penggelek jalan di kawasan taman perumahan dekat Senadin di sini kelmarin.
Mangsa, Mohd. Shamil Mohd. Shahrizan yang cedera parah di kepala dan kaki disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan.
Kejadian malang pada pukul 4 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu penggelek jalan tersebut tidak menyedari mangsa berada di belakangnya ketika mengundurkan jentera berkenaan.
Pen Global: Berhati-hati lah sentiasa bahaya dimana-mana sekarang, kita boleh elak dari berlaku kalau lebih berhati-hati.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Polis Buru Teman Wanita Pengawal Keselamatan Kedai Emas, Disyaki Simpan Barang Rompakan


SUSULAN kes samun Kedai Emas Tomei Di Kompleks Danau Kota, Kuala Lumpur 3 November lalu, polis kini sedang mengesan seorang wanita Filipina dikenali sebagai Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, 27.

Sebelum ini suspek utama kes sudah ditangkap bersama seorang lagi rakannya yang juga warganegara Filipina di LCCT, Sepang.

Bagaimanapun polis hanya berjaya menemui semula 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek.

Polis mengesyaki, barang kemas lain telah diserahkan kepada Norena Lamuddin yang merupakan teman wanita suspek.

Sehubungan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita dalam gambar  ini untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) sendiri, tampil di mana-mana balai berdekatan bagi membantu siasatan.

Kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas hasil samun, anda telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda.

Bagi mereka yang membeli barang kemas terbabit pula, anda dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda. – REM RAMZI

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Pen Global: Semoga kita dapat membantu membendung gejala pagar makan padi ini.


Keluarga Arwah Norazita Terima Sumbangan RM452,188

Keluarga Arwah Norazita Terima Sumbangan RM452,188
Keluarga Arwah Norazita Terima Sumbangan RM452,188 - KUALA LUMPUR : Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menyampaikan sumbangan berjumlah RM452,188 kepada keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib, (gambar kecil) 37, yang maut ditembak dalam kejadian samun di cawangan bank itu di Subang Jaya, Selangor pada 23 Oktober lalu.
Sumbangan berkenaan disampaikan kepada suami Norazita, Irwan Kamarudin, 37, pada majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan oleh bank itu kepada bekas pegawai operasi mereka di sini semalam.
Kumpulan AmBank dalam kenyataannya berkata, wang itu melibatkan Polisi Insurans Kumpulan sebanyak RM352,188 meliputi Insurans Hayat Tempoh Kumpulan sebanyak RM149,652 dan Insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan sebanyak RM202,536.
Pen Global: Semoga tabah hdapi ujian. Yang berwjib pula kena ketatkan lagi penguatkuasaan terhadap keselamatan pekerja.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Sofi Jikan Mula Hilang Semangat Untuk Berlakon

Sofi Jikan Mula Hilang Semangat Untuk Berlakon
Sofi Jikan Mula Hilang Semangat Untuk Berlakon - PETALING JAYA : Pelakon Sofi Jikan meluahkan perasaan kurang senangnya mengenai industri perfileman yang dilihat semakin hancur apabila kebajikan pelakon dan karya-karya penggiat seni semakin diabaikan.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 43, berkata, ia dapat dilihat apabila dirinya sebagai pelakon juga tidak mendapat kebajikan sebaiknya, malah masih lagi dipandang rendah dengan diberi watak remeh selain bayaran yang sedikit.
“Kalau nak diikutkan pengalaman, saya mampu menjana pendapatan sebanyak enam angka tetapi sayang sekali ia sekadar harapan kerana industri kita tahu mengambil untung lebih dan hasilkan lebih banyak produk tanpa menjaga kebajikan para pelakon.
“Kita ada ramai pelakon hebat setanding Hollywood, tapi layanan yang diterima tidak setanding. Pelakon dan pekerja industri kita tiada masa depan dan jaminan.
“Begitu juga dengan filem-filem tempatan yang dipandang rendah, lama-lama kita semua akan ‘mati’ dan ini buatkan saya hilang semangat untuk bekerja,” katanya.
Tambah Sofi, dia juga terkilan apabila sering diberi watak sama iaitu lelaki gangster sejak berlakon watak tersebut dalam filem KL Gangster.
Keadaan itu juga membuatkan Sofi nekad menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu 1Man Film Sdn Bhd bagi memberi kepuasan pada diri sendiri dalam pemilihan watak serta menguruskan konsep kerja sesebuah produksi.
“Kekecewaan itu membuatkan saya tubuhkan sebuah produksi. Saya merancang ingin membetulkan semula cara kerja industri kita yang huru-hara.
“Bayangkan, apa yang mengecewakan saya ialah apabila diminta untuk mengadakan sesi latihan sebelum memulakan lakonan untuk sesebuah babak, ada yang tidak memberikan kebenaran, atas alasan mahu kejar masa. Jika latihan pun tak boleh, mana hak saya sebagai seorang pelakon?
“Selain itu dengan menubuhkan syarikat juga saya dapat memilih watak yang diinginkan. jadi tak adalah watak tipikal sahaja yang sering saya terima,” tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Sofi buat pertama kalinya bakal muncul dengan sebuah lagu terbaharu bergandingan bersama kumpulan Aisunam berjudul Madu. 
Pen Global: Apa nasib pengiat seni tanahair pun tak tahulah, sejak dari zaman P.Ramli lagi yang kaya ialah pegeluar hasil seni. Hasil karya dirompak dengan begitu rakus.
                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Tanam Cip Dalam Badan Kerana Tidak Mahu Mati

Tanam Cip Dalam Badan Kerana Tidak Mahu Mati
Tanam Cip Dalam Badan Kerana Tidak Mahu Mati - Pittsburgh : Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai “biohacker” melalui detik menyakitkan semata-mata untuk menanam cip elektronik yang besarpada lengannya.
Proses itu dilakukan tanpa sebarang ubat bius atau bantuan doktor. Pencipta perisian dari Pittsburgh, Tim Cannon berkata dia memasukkan cip besar itu untuk memantau suhu badannya. Kata Cannon, alat itu berkomunikasi dengan tablet Android melalui sambungan Bluetooth.
“Jika saya mula mengalami demam cip ini akan memancarkan lampu hijau yang boleh dilihat di bawah kulit.
“Ia kemudian menghantar mesej teks untuk memaklumkan keadaan saya,” katanya. Menggambarkan dirinya “cyborg buatan sendiri” Cannon berkata, dia adalah manusia pertama didunia menanam peranti ke dalam badan semata-mata untuk “meningkatkan kualiti diri.” Katanya, dia mula berminat mengubah suai tubuh menggunakan peranti elektronik kerana mahu “hidup selama-lamanya.” “Saya mahu hidup sehingga beribu-ribu tahun.
“Saya tak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang “artis mengubah suai tubuh” serta pakar tatu, Steve Haworth.
Kata Cannon, ia dijalankan tanpa menggunakan sebarang ubat bius, sebaliknya cuma meletakkan ais bagi mengurangkan kesakitan.
Pen Global: Macan-macan cara manusia buat untuk hidup selamanya, tetapi mati itu pasti. Kehidupan selepas mati yang berkekalan. Bertaubatlah..

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Cuma Mampu Lihat Isteri Ditikam Secara ‘LIVE’



Cuma Mampu Lihat Isteri Ditikam Secara ‘LIVE’ - Bagai dalam filem aksi cemas, seorang suami hanya mampu melihat isterinya ditikam depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa apabila kejadian berlaku semasa mereka sedang berhubung menerusi ‘video chat’.
Justin Pele Poole, tentera Amerika yang bertugas di Barat Daya Asia sedang berbual dengan isterinya, Rachel Poole, 31, apabila seorang lelaki tiba-tiba memecah masuk kediaman mereka di El Paso, Texas lalu menikam isterinya yang sedang sarat mengandung berkali-kali sebelum melarikan diri, malam Rabu lalu.
Rachel yang mengenali penyerangnya menjerit nama lelaki tersebut agar didengar Justin sebelum menelefon 911 untuk meminta bantuan dalam keadaan lemah.
Doktor berjaya menyelamatkan Rachel yang mengalami kecederaan di badan dan wajah, begitu juga bayi dalam kandungan yang dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu lagi.
Tapi malangnya, Rachel kehilangan sebelah mata akibat insiden tersebut.
Dalam pada itu, tindakan Rachel menjerit nama penyerangnya memudahkan Justin melaporkan kejadian kepada rakan dan pihak berkuasa agar dapat menahan suspek dengan segera.
Penyerang Rachel dikenali sebagai Corey Moss, 19, yang mempunyai hutang dengan Justin.
Justin sepatutnya bertugas selama sembilan bulan di Barat Daya Asia namun ekoran kejadian ngeri ini, dia dibenarkan pulang serta merta untuk berada di sisi Rachel yang mengalami trauma.
Pen Global: Alat komunikasi canggih banyak juga kebaikanya, walau banyak digunakan untuk benda yang takbaik.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Video: Perompak wanita bersenjatakan pisau di kedai runcit


Di Ashford, Kent, seorang datuk bertindak berani mempertahankan dirinya daripada serangan perompak wanita yang bersenjatakan pisau di kedai serbaneka miliknya.
Lebih menarik, Michael Whybrow, 59, memilih untuk tidak memukul perompak tersebut kerana berpegang pada prinsipnya iaitu tidak memukul wanita.
Kejadian yang berlaku pada jam 4.50 pagi itu berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup atau CCTV yang dipasang di kedai tersebut.
Perompak wanita, Anna Chambers,29, dikatakan dalam keadaan mabuk telah masuk ke kedai itu sebelum menyerang Whybrow sehingga berlaku pergelutan antara mereka.
Dalam kekalutan itu, Whybrow sempat mendail talian kecemasan 999 dengan harapan pihak polis dapat mendengar apa yang berlaku dan datang dengan segera.
Menariknya, apabila Chambers menyedari lelaki itu mengalami kecederaan di tangan, dia segera menjatuhkan senjatanya dan mengambil tisu dapur untuk menahan lukanya.
Bagaimanapun, drama itu berakhir apabila pihak polis tiba dan memberkas wanita itu.
Chambers akhirnya dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan merompak dan memiliki senjata tajam.
Menurut peguam pembela, David Griffiths, wanita itu mengalami tekanan perasaan setelah kematian anak anjingnya Februari lalu dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Pen Global: Bila sudah hilang pertimbangan, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Walau nampak ganas tapi masih lagi ada sifat kemanusiaan.




                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Seorang Guru terkejut melihat akaun bank ada RM30.59 bilion


KOLKATA, India – Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).
Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP

Pen Global: Mahu tak trauma sekejap bukan juta billioan tu, alangkah indah ianya jadi keyataan.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Inilah Rupa Misai Yang Tidak Dicukur Selama 33 Tahun

JAIPUR – Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun – tanpa pernah sekali pun dipotong – membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.



Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).

Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi.


Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.

Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.

“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.
“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.

Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.

Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.

“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.
Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.

“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya.


Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun. Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya.

Pen Global: Tuah ayam nampak di kaki, tuah badan siapa lah yang tahu.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Poster Model Tanpa Pakaian Menjadi Kontroversi Di Kedai Buku Terbesar Nanjing




Model ini digunakan di sekeliling kedai buku terbesar Nanjing ini dan dikatakan untuk menggalakkan orang ramai untuk membaca. Ianya menjadi kontroversi kerana gambar ini bukan saja mengganggu orang ramai tetapi langsung tidak sesuai untuk mereka yang masih kecil walaupun pengurus besar menyatakan semua ini akan membuat orang lebih 'open-minded'.

Pen Global: Matlamat tidak menghalalkan cara, bermaksud walau matlamatnya bagus tapi kalau tak kena cara jangal dan haru-biru jadinya. Yang salah tetap salah walau dengan alasan untuk mengajar orang salah.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Merana Selepas Rambut Palsu Mengandungi Ulat


Gambar hiasan

Nairobi – Menjijikkan. Kerana ingin cantik, seorang wanita tidak menyedari bahawa rambut palsu yang disambung ke kepalanya itu adalah rambut yang diambil daripada orang yang sudah mati.
Lebih geli, rambut palsu itu mengandungi telur ulat.

Perkara itu terbongkar selepas wanita itu, Irene Myangoh yang juga seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman,mengalami sakit kepala yang melampau selepas menjalani rawatan menyambung rambut.

Meskipun beberapa kali mengambil ubat penahan sakit, namun ia gagal menyekat kesakitan berkenaan.
Malah ujian darah dan otak yang dijalaninya juga gagal mengesan puncanya.

Hanya selepas dia menjalani ujian kulit kepala, barulah Myangoh mengetahui punca kesakitan berkenaan.
Rupa-rupanya ulat itu sedang membiak dan makan kulit kepalanya.

Dalam pada itu,pengurus salon yang terlibat dalam menyambung rambut Myangoh berkata, dia amat terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa Myangoh itu.

Jelasnya, dia telah menjual 150 keping rambut palsu yang diimportnya daripada pembekal di Britain, Amerika Syarikat dan India dalam masa kurang dua bulan.

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pembekal saya itu.

“Saya amat terkejut apabila mendengar kejadian yang menimpa Myangoh kerana ini baru kali pertama saya berdepan dengan situasi seperti ini,’’ katanya.

Jelasnya, pembekal rambut tersebut mungkin telah menghantar rambut yang telah ditolak oleh kilang.
Pembekal terbabit juga bersetuju membayar pampasan kepada Myangoh.

Dalam pada itu, pakar bedah di hospital Nairobi, Dr. CK Musau berkata, beliau telah berdepan dengan 10 kes melibatkan kejadian sama, dalam masa enam bulan.

“Amat mengejutkan bagaimana budaya barat telah meresap dan mempengaruhi golongan muda di Kenya. Mereka sepatutnya menghargai rambut semulajadi mereka,’’ katanya.

Pen Global: Ramai yang minat benda palsu dari asli? Bersyukurlah apa yang asli yang anda masih ada.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Kereta Polis Palsu Untuk Takutkan Pemandu



China – Dalam usaha membendung pengguna kenderaan memandu dengan laju, polis di wilayah Zhejiang telah menggunakan satu taktik untuk menakutkan pemandu, iaitu dengan meletakkan kereta polis yang diperbuat daripada kayu.

`Kereta polis’ itu juga mempunyai lampu solar di atasnya, bagi memberikan kesan khas kepada pemandu.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada taktik ini berjaya atau tidak dalam usaha polis terbabit untuk membendung pemandu memandu dengan laju.

Namun tidak semua yang menyokong langkah ini, termasuk Institut Pemanduan Lanjutan yang menyifatkan ia sebagai membazir.

“Ia hanya membazirkan masa dan orang ramai akan mengetahui bahawa kereta itu adalah palsu, sekali gus menjadi bahan lawak.

“Justeru ia tidak akan memberikan kesan,’’ kata jurucakapnya.

Malah, kereta palsu itu juga boleh mengganggu tumpuan pemandu jika ia diletakkan di tempat yang salah dan menyebabkan masalah lain pula.

Pen Global: Yang perlu anda berhati-hati ada juga polis palsu yang cuba cari makan dengan peras ugut. Semakin banyak yang palsu shingga susah untuk dapatkan yang asli.




                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---