Video: Perompak wanita bersenjatakan pisau di kedai runcit


Di Ashford, Kent, seorang datuk bertindak berani mempertahankan dirinya daripada serangan perompak wanita yang bersenjatakan pisau di kedai serbaneka miliknya.
Lebih menarik, Michael Whybrow, 59, memilih untuk tidak memukul perompak tersebut kerana berpegang pada prinsipnya iaitu tidak memukul wanita.
Kejadian yang berlaku pada jam 4.50 pagi itu berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup atau CCTV yang dipasang di kedai tersebut.
Perompak wanita, Anna Chambers,29, dikatakan dalam keadaan mabuk telah masuk ke kedai itu sebelum menyerang Whybrow sehingga berlaku pergelutan antara mereka.
Dalam kekalutan itu, Whybrow sempat mendail talian kecemasan 999 dengan harapan pihak polis dapat mendengar apa yang berlaku dan datang dengan segera.
Menariknya, apabila Chambers menyedari lelaki itu mengalami kecederaan di tangan, dia segera menjatuhkan senjatanya dan mengambil tisu dapur untuk menahan lukanya.
Bagaimanapun, drama itu berakhir apabila pihak polis tiba dan memberkas wanita itu.
Chambers akhirnya dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan merompak dan memiliki senjata tajam.
Menurut peguam pembela, David Griffiths, wanita itu mengalami tekanan perasaan setelah kematian anak anjingnya Februari lalu dan tidak tahu apa yang dilakukannya.

Pen Global: Bila sudah hilang pertimbangan, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Walau nampak ganas tapi masih lagi ada sifat kemanusiaan.




                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


ADS

0 comments:

Post a Comment