Google Map Tangkap Gambar UFO

Unidentified Flying Object ataupun dikenali sebagai UFO secara tidak sengaja telah dikesan melalui aplikasi Google Maps di dua kawasan berbeza di sekitar Texas.
Menurut sumber, objek misteri berwarna merah dikesan di Jacksonville di Texas dan Sky City Casino Hotel di Acoma Pueblo di New Mexico.
Beberapa pihak membuat andaian bahawa objek tersebut mungkin terhasil daripada tindak balas pantulan cermin dari restoran berhampiran atau lampu kilat kamera.
Jamey Boyum, Wartawan stesen KLTV-TV berkata, tiada penduduk yang mendakwa mereka ada melihat objek pelik tersebut di Jacksonville walaupun ia dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi Google Street View itu.
“Kami telah menghubungi Google tetapi mereka belum memberi sebarang respon,” katanya.

Pen Global: UFO terus jadi misteri. Sampai google maps pun terbayang-bayang.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

ADS

0 comments:

Post a Comment