Spesies Dinosaur Baru Diberi Nama

Spesies Dinosaur Baru Diberi Nama | Paul Sereno, seorang pengkaji haiwan purba di Washington telah mengenal pasti identiti satu spesies dinosaur baru yang mempunyai badan seperti landak.
Selepas Sereno melihat spesimen haiwan berkenaan pada 1983 di Universiti Harvard, Amerika Syarikat beliau terus membuat kajian tentang identiti dinosaur tersebut yang mempunyai paruh seperti burung kakak tua dan gigi taring.
Pakar dinosaur di Universiti Chicago tersebut memberi nama dinosaur itu Pegomastax africanus yang bermaksud rahang tebal dari Afrika dan ia hidup antara 100 juta hingga 200 juta tahun lalu.
Spesimen haiwan tersebut ditemui pada serpihan seketul batu di Afrika Selatan pada 1960-an. Panjang dinosaur itu lebih kurang 61 sentimeter dan ia hanya memakan tumbuh-tumbuhan.

Pen Global: Spesis manusia yang baru muncul pun banyak belum sempat di beri nama. Masih banyak lagi rupanya spesis purba yang belum ditemui.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

ADS

0 comments:

Post a Comment