[Video] Kes Amuk Taman Melati Gombak



Kes tikam di taman melati gombak -24/10/13

Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. 

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki. 

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


 

Pen Global: Makin menjadi-jadi kes amuk. Adakah keadaan sekeliling kita dah menjadi tak keruan. Apa dah jadi dengan masyarakat kita, hidup semakin tertekan. Adakah kehidupan ini yang kita mahu wariskan untuk anak cucu kita. Sikap pentingkan diri sendiri semakin menebal dalam diri. janji aku dapat makan. peduli apa aku dengan mereka. Syukur Malaysia masih aman.

Faizal Ismail Letak Jawatan Daripada Hot FM, Propa Atau Benar?

Pagi ini peminat radio Hot FM dikejutkan dengan satu “tweet” daripada Faizal Ismail. Mana tidaknya, tiada angin tiada bayu, tiba-tiba FBI mengumumkan yang dia meletakkan jawatan daripada Hot FM. Notis perletakan jawatan tersebut bermula hari ini iaitu 24 Oktober 2013.
faizal ismail letak jawatan
Namun begitu masih banyak pihak yang tidak percaya akan perletakan jawatan ini. Mungkin kerana FBI seringkali terlibat dalam “Panggilan Hangit”. Banyak pihak yang meneka ini sekadar propa dan perancangan teliti daripada pihak Hot FM.
Pen Global: Agaknya dah ada kerja baru yang dia dapat. Mungkin nak berubah angin atau nak majukan lagi diri dalam bidang dia. Mungkin dah nak meniaga sendiri. Semoga beliau lebih berjaya dan maju dengan apa jua yang di ceburi.

Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.
Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.

Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.

**Maklumat terkini yang belum dapat disahkan mengatakan suspek, Ardi Hamza telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah.


Pen Global: Akibat dari tekanan ekonomi kes sebegini semakin banyak berlaku. Tetapi Ketua besar layun terus merompak harta golongan marhain tanpa rasa bersalah. Masih ramai lagikah yang akan berkata "Syukur Malaysia Masih Aman" selagi tidak terkena batang hidung sendiri.

Awas Bahaya Ketagih Candy Crush


Kent, England 18 okt. Seorang wanita disini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukuptidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush. 


Pen Global: Kat mana-mana sahaja sekarang ini tengah mabuk candy crush. Dah boleh datang bahaya. Bukan sahaja sakit belakang, sakit perut pun boleh bila bini asyik layan candy crush hehehehehe...

Keadaan 2 Beradik Mangsa Dadah Jenis "Krokodil" Di US

Dari berita yg dibaca, adik beradik memang penagih heroin dan mereka mencuba dadah Krokodil yg berasal dari russia ni dlm setahun lebih yg lalu sebab harga dadah ni 10 ganda lebih murah dari heroin dan lebih stimm dari heroin..dlm masa sebulan baru nampak efek kata mereka..sampai laa ke hari ni dan inilah gambar terbaru mereka..

Mereka pada mulanya tidak tahu dadah yg mereka hisap tu Krokodil,iaitu campuran dari kodien dan bahan toxic seperti gasoline dan gas lighter,selang seminggu mereka mula sakit perut dan tak sampai sebulan si kakak terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana sakit yg melampau..

Krokodil diambil nama sempena nama buaya di russia sebab kesan dadah ni menyebabkan kulit penagih jadi keras yg mengerutu dan bersopak sopak mcm kulit buaya tu.




Pen Global: Najis Dadah itu bahaya, begitu juga dengan najis Rasuah, najis politik wang dan sewaktu denganya. Jangan sesekali makan najis. Ingat Dadah dan rasuah itu najis.

Rahsia Perisa KFC Yang Sebenar

Pen Global: Mungkinkah resepi utama pembalut gula-gula Halls. Kejadian dikatakan berlaku di KFC KLCC. Nampak tak benda pelik dalam gambar?

Mayat remaja perempuan dalam beg pakaian kenalan internet


KLANG – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di sini malam ini.
Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.
Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama

Pen Global: Tahap nafsu remaja sekarang bagaikan tak terkawal. Tak dapat apa yang di hajat terus bunuh. Ini akibat dari gejala sosial yang tak di bedung, dengan kemajuan teknologi maklumat di hujung jari. Nyawa bagaikan dihujung taduk. Masih amankan tanahairku.

Suami Belasah Isteri Masih Taruh Harapan


BUKIT MERTAJAM 22 Okt. - Pegawai veterinar yang menghadapi tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada Ogos lalu, masih berharap wanita berkenaan memikirkan semula tentang hubungan mereka.

Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum dengan kenyataan isterinya sebelum ini mengatakan sudah tidak mahu lagi kembali ke pangkuannya.

"Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum itu, Majistret Ariff Mohamed Sharif, menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes terhadap Muhammad Affandi yang didakwa sengaja menyebabkan mencederakan ke atas isterinya, disebabkan dokumen kes itu belum siap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berusia 36 tahun di dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Affandi diwakili peguam R. Palaniappan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.

Pada 12 September lalu, Muhammad Affandi selepas hadir sebutan kes di mahkamah tersebut memberitahu pemberita, dia masih menyayangi isteri dan mahu keluarganya hidup bahagia.

Sehari selepas itu, isterinya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang menyatakan tekad tidak akan kembali ke pangkuan lelaki tersebut.

Wanita itu menegaskan bahawa perbuatan lelaki itu terhadapnya sebelum ini cukup menyedihkan dan tidak ada lagi perasaan sayang kepadanya, begitu juga dengan anak-anak yang tidak lagi bertanya mengenai ayah mereka.

Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video selama 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun itu dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Pen Global: Kalau betu-betul insaf baguslah. Kalau hendak dijadikan punch bag sekali lagi baik tak payah. Jangan pisang berbuah berkali-kali.

[Video] Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak




[Video] Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak - Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.
Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.
Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.
Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.
Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.
Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi! 


Pen Global: Sayang seribu kali sayang, ganas sangat macamana nak jadi isteri yang baik macan nih.. hari-hari laki kena belasah. Awas lelaki di luar sana selidik dulu sebelum kena. 

Bertumbuk Tepi Jalan, Sharnaaz Tutup Mulut

Bertumbuk Tepi Jalan, Sharnaaz Tutup Mulut - SEBUT sahaja nama Sharnaaz Ahmad, semua orang tahu kredibilitinya sebagai pelakon di hadapan kamera. Namun, imej baran yang sudah melekat pada dirinya sejak kontroversi cinta dengan penyanyi Shila Amzah juga masih terpahat dalam ingatan banyak pihak.
Terkini, dalam sebuah akhbar mingguan, muncul cerita yang pelakon kacak ini didakwa bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) minggu lalu.
Tidak tahu benar atau tidak, hanya Sharnaaz yang mampu menjawabnya kerana kes tersebut tidak pula dibawa ke pihak berkuasa.
Kosmo! menghubungi Sharnaaz untuk mendapatkan pengesahan daripadanya. Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil langkah ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
“Saya tidak mahu komen dan saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan itu, tanyalah soalan lain,” katanya.
Disoal lagi, adakah keputusan ‘mengunci mulut’ diambil selepas dia belajar daripada pengalaman kontroversi yang lalu, selain cukup terkenal dengan sikap lantang dan berterus terang, pelakon itu memberi jawapan sakarstik.
“Tidak ada apa-apa yang perlu kita belajar jika kita sudah bijak,” jawabnya ringkas.
Nampaknya, Sharnaaz semakin meletakkan sempadan antara dirinya dengan pihak media serta khalayak.
Ujarnya, jika perkara yang dibincangkan tiada kaitan dengan kerjaya serta peminat, lebih baik dia berdiam diri.
“Saya hanya bercakap dengan orang yang memahami saya, jika tidak saya yang kena balik. Bukan- lah saya letak had tetapi tengoklah apa topik yang ingin dibincangkan.
“Jika isu itu tidak ada kena mengena dengan masyarakat, buat apa saya cakap,” balasnya.
Terkini, Sharnaaz sedang sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Baby Yana sebanyak 13 episod untuk tayangan RTM selain membuat persiapan bagi penggambaran sebuah filem pada tahun depan.
Pen Global: Tips untuk elak panas baran, ambil wuduk dan kalau berdiri sila duduk, kalau duduk pun tak boleh tahan amarah sila baring. Tak tahan juga lagi, sila terjun longkang hehehehehehe...

PENJARA MINI EL SALVADOR YANG SADIS

Penjara ini telah dihasilkan untuk menempatkan banduan selama 72 jam. Namun ramai ahli geng MS-13 dan M18 telah tinggal di dalam penjara ini untuk berbulan dan bertahun. Memang menyedihkan dengan keadaan penjara ini tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak dibunuh di jalanan dan masih boleh hidup untuk sementara waktu. 





Pen Global: Dah macam Ayam daging pulak, walaupun banduan kena bagi ruang kemanusiaan juga. hari ini jahat esok siapa tahu jadi baik. Bukan sekadar menghukum tetapi dapat memberi pengajaran. Hukum hudud itu untuk memberi pengajaran kepada kita untuk melakukan pekara yang lebih baik. 

AKSI LAGAK NGERI PALING EPIK DARI BOLLYWOOD

Pen Global: Ini dari filem All The Best lakonan Ajay Devgan dan Bipasha Basu. Epic dan tak mampu di fikir dek akal, bollywood memang hebat dari hollywood hehehehehe. Jangan tiru aksi ini dengan awek anda yer .



PENYANYI WANITA BERJANGGUT AUSTRIA




Conchita Wurst ialah penyanyi "wanita" Austria dengan imej yang unik dan penuh kontroversi. Beliau sebenarnya seorang penyanyi lelaki bernama Tom Neuwirth (24). Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat kedua sebuah pertandingan nyanyian realiti. Selepas bertahun menghilangkan diri, Tom muncul semula pada tahun 2011 dengan imej baru beliau Conchita Wurst lengkap dengan janggut Wak Doyok. Sungguhpun kelihatan seperti Kim Kardhasian berjanggut beliau mempunyai ramai peminat dan terpilih mewakili Austria di dalam pertandingan nyanyian Eurovision tahun ini. FABULOUS! 

Pengn Global: Tubuh dah nampak macam perempuan, nak buat macamana jenis berbulu kat muka, hehehehehehe. Kena pakai topeng lah nampaknya.


Tolong Hentikan Aeril Zafril Dan Wawa Zainal



NAMA Aeril Zafril dan Wawa Zainal terus menjadi perhatian media dan masyarakat setelah berita perkahwinan mereka dibongkar sebuah akhbar awal bulan lalu.

Biarpun mengakui sudah bernikah dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Fakharuddin Attar, yang kini berusia dua bulan, isu perkahwinan mereka bagai belum berakhir.

Terbaru, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikatakan akan memanggil Aeril dan Wawa selepas mereka mengaku bernikah dua kali apabila pernikahan kali pertama tidak disusuli dengan dokumen nikah yang sah.

Mereka membuat keputusan untuk menikah kali kedua pada 4 Februari tahun ini di sebuah masjid yang terletak di Petaling Jaya.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan.

"Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan," ujar Aeril kepada Zass.

Menurut Aeril, selepas berita perkahwinannya terbongkar, sudah banyak beban yang terpaksa dipikul dan isu tersebut bagai belum lagi berhenti.

"Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini.

"Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk.

"Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?" katanya dalam nada kesal.

Aeril berkata, dia percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia bersyukur karier seninya tidak terjejas dengan kontroversi ini.

"Alhamdulillah, karier saya masih berjalan seperti biasa, tawaran masih ada seperti biasa. Macam saya cakap tadi, saya bukannya terlibat dengan kes yang tidak elok.

"Saya percaya, apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya dan saya akan harunginya dengan tabah," ujarnya.

Ditembak mengenai isu kontrak yang kini menjadi perdebatan antara David Teo dan Zed Zaidi, Aeril menjelaskan : "Saya adalah ahli Seniman, bila terlibat dengan masalah seperti ini, salah ke saya merujuk kepada ketua saya?," katanya yang enggan mengulas lanjut sama ada Wawa akan berjumpa dengan David dalam masa terdekat ini atau tidak.

Pen Global: Tiada penyakit cari pemyakit, kalau dah pelik dari biasa akan jadi buah mulut. Takut apa sebenarnya...

SUPERBIKE BERKUASA ELEKTRIK PERTAMA DI DUNIA


Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).



Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.

Pen Global: Ini baru betul-betul jimat minyak. Sesuai untuk mereka yang cintakan Alam Sekitar. Tetapi jangan ada yang parking kat masjid untuk charging pulak. :)

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya



Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya | RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.



Pen Global: Semoga Tips dan info ini dapat membantu anda mencegah sebelum parah. kalau dah terpaksa guna mesin untuk cuci darah hidup anda akan terbeban nanti. Cegah sebelum parah.


Koleksi Gambar Iklan Zaman Dulu-Dulu

Pen Global: Koleksi gambar iklan zaman dulu-dulu, sekarang kalau kita tengok jadi kelakar dan lawak. Dah susah nak dapat barangan yang dia iklankan.


Laporan asal So Bad So Good


Gaun Pengantin Yang Diperbuat Sepenuhnya Dari Rambut Manusia

Thelma Madine, yang kini mencipta nama dalam rancangan televisyen bersiri, My Big Fat Gipsy Wedding telah mencipta pakaian pengantin unik ini dengan kerjasama pendandan rambut Voodou, Ryan Edwards.



Pasukannya terdiri daripada pembuat pakaian pengantin, Nico dan salon pendandan rambut, Voodou dari Liverpool bagi mewujudkan pakaian unik ini.

Ia terdiri daripada gumpalan rambut sepanjang 250 meter dan puluhan ribu rambut individu yang berlainan, 1,500 kristal dan 12 skirt bawahan. Gaun ini mengambil masa 300 jam dengan tenaga kerja seramai 8 orang untuk menyiapkannya. Setelah siap, ia mempunyai berat sebanyak 33 paun.



Pen Global: Tak cukup kain agaknya disana. Sampai rambut pun boleh dijadikan gaun. Miang dan gatal lah pengantin nanti..


Ciri – Ciri Suami Yang Takut Bini


Tidak semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang mampu menaklukan isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada suami yang takut dengan isterinya. Adakah anda termasuk suami takut isteri?

Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu ciri suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang berikut:

1. Selalu menuruti permintaan isteri.

Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.

Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3. Anak pertama perempuan.

Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.

4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.

5. Isteri penuntut dan cemburu.

Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri.

Bagaimana, adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja kelima ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada pada diri anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.


sumber : http://bikinstress.blogspot.com/

Pen Global: Saya bukan takut bini, tapi bini tak takut pada saya hehehehehehe....