Google ada akses untuk kata laluan Wi-Fi pengguna

Google privacy
Zaman sekarang ni kalau anda kurang arif pasal teknologi, anda akan dilanda masalah dari segi keselamatan teknologi. Kadang-kadang kita main redah je masukkan data peribadi atau terima apa-apa di Internet tanpa periksa betul-betul. Tu pasal masih banyak kes penipuan berlaku.
Pernahkah kita membaca setiap patah perkataan dan fahami betul-betul apa yang tertulis di mana-mana perjanjian atau terma & syarat sesebuah laman web atau hanya skrol ke bawah untuk klik “Ya” , atau ditandakan kotak yang mengatakan bahawa anda telah membaca dan fahami peraturan-peraturan dan dasar-dasar? Kebanyakan mungkin ada yang baca sampai habis…
Pihak dari Computerworld telah mengambil masa untuk baca dan fahami segala-galanya tentang dasar privasi Google, dan keputusan yang mengejutkan – Google mempunyai akses kepada sebahagian dari semua kata laluan Wi -Fi di dunia.
Terdapat hampir 750 juta peranti Android di dunia dan kebanyakan mereka telah dihubungkan dengan Wi-Fi sekurang-kurangnya sekali. Sekarang, kerana anda bersetuju dengan semua apa yang Google minta, yang juga bermakna setiap kali anda membuat back up data, kata laluan Wi -Fi sekali di-back up juga.
Pilihan untuk membuat back up data anda adalah agak mudah sebab jika anda kehilangan telefon, anda tak perlu menyelamatkan setiap nombor ke dalam telefon atau mengingat semua kata laluan kepada pelbagai rangkaian Wi-Fi. Tetapi ia juga bermakna Google tahu semuanya!.
Sudah tentu, ini tak bermakna Google satu-satu setiap kata laluan atau data yang kita simpan, atau mempunyai apa-apa penggunaan tertentu untuk itu, tetapi ia menjadi alat yang berguna untuk memastikan pengguna tak perlu susah payah ingat kembali data ayng hilang.
Ada satu kotak kecil di suatu tempat di kawasan tetapan yang boleh membantu anda mengelakkan dari memberikan data penting ini kepada Google;
Dalam Android 2.3.4, pengguna perlu pergi ke “Settings” kemudian ” Privacy “, manakala pengguna Android 4.2 perlu pergi ke “Settings” kemudian ” Backup and reset”. Terdapat kotak di mana Google menawarkan untuk membuat back up data aplikasi, kata laluan Wi -Fi, dan tetapan lain ke pelayan Google. Pilihan tersebut sepatutnya dibiarkan uncheck untuk mengukuhkan kedudukan privasi pengguna.

Pen Global: Kita masih punya pilihan sebenarnya. Jangan terburu-buru dalam membuat pilihan baca dan faham adalah jalan yang terbaik. Semoga boleh jadi panduan untuk anda.
ADS

0 comments:

Post a Comment