Bertumbuk Tepi Jalan, Sharnaaz Tutup Mulut
Bertumbuk Tepi Jalan, Sharnaaz Tutup Mulut - SEBUT sahaja nama Sharnaaz Ahmad, semua orang tahu kredibilitinya sebagai pelakon di hadapan kamera. Namun, imej baran yang sudah melekat pada dirinya sejak kontroversi cinta dengan penyanyi Shila Amzah juga masih terpahat dalam ingatan banyak pihak.
Terkini, dalam sebuah akhbar mingguan, muncul cerita yang pelakon kacak ini didakwa bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya di MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2) minggu lalu.
Tidak tahu benar atau tidak, hanya Sharnaaz yang mampu menjawabnya kerana kes tersebut tidak pula dibawa ke pihak berkuasa.
Kosmo! menghubungi Sharnaaz untuk mendapatkan pengesahan daripadanya. Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil langkah ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.
“Saya tidak mahu komen dan saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya tidak berminat untuk menjawab soalan itu, tanyalah soalan lain,” katanya.
Disoal lagi, adakah keputusan ‘mengunci mulut’ diambil selepas dia belajar daripada pengalaman kontroversi yang lalu, selain cukup terkenal dengan sikap lantang dan berterus terang, pelakon itu memberi jawapan sakarstik.
“Tidak ada apa-apa yang perlu kita belajar jika kita sudah bijak,” jawabnya ringkas.
Nampaknya, Sharnaaz semakin meletakkan sempadan antara dirinya dengan pihak media serta khalayak.
Ujarnya, jika perkara yang dibincangkan tiada kaitan dengan kerjaya serta peminat, lebih baik dia berdiam diri.
“Saya hanya bercakap dengan orang yang memahami saya, jika tidak saya yang kena balik. Bukan- lah saya letak had tetapi tengoklah apa topik yang ingin dibincangkan.
“Jika isu itu tidak ada kena mengena dengan masyarakat, buat apa saya cakap,” balasnya.
Terkini, Sharnaaz sedang sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Baby Yana sebanyak 13 episod untuk tayangan RTM selain membuat persiapan bagi penggambaran sebuah filem pada tahun depan.
Pen Global: Tips untuk elak panas baran, ambil wuduk dan kalau berdiri sila duduk, kalau duduk pun tak boleh tahan amarah sila baring. Tak tahan juga lagi, sila terjun longkang hehehehehehe...
0 comments:
Post a Comment