Sanggup Jual Anak Demi iPhone Komputer dan Kasut Mewah



Pasangan suami isteri dari Shanghai didakwa selepas menjual tiga anak mereka demi membeli iPhone, komputer dan kasut mahal, kata pihak berkuasa China. Pasangan awal 30-an dan hanya dikenali sebagai Teng dan Zhang itu berdepan beberapa dakwaan penyeludupan perempuan dan kanak-kanak. Dipetik dari CNN, suaminya dalam tahanan sementara isterinya sudah membayar wang jaminan, kata Kementerian Keselamatan Awam China.

Polis Shanghai mula menyiasat pasangan itu sejak Mei selepas mereka menggunakan satu sistem pesanan popular di China, QQ untuk mengiklankan penjualan bayi perempuan mereka. Polis menahan mereka pada Jun. Selepas ditahan, pasangan ini mengaku menjual tiga anak baru lahir mereka sejak beberapa tahun kebelakangan dengan jumlah $13,000, kata menteri. Bayi pertama dijual pada 2008, kedua pada 2011 dan ketiga pada tahun ini.
Hasil siasatan ke atas kad kredit dan transaksi bank, polis mendapati pasangan ini membelanjakan duit tersebut untuk membeli iPhone dan kasut mewah. Polis juga mendapati pasangan itu membeli komputer hasil penemuan di rumah mereka. Tetapi pasangan itu memberitahu polis, mereka menjual bayi mereka supaya bayi itu mendapat kehidupan yang lebih baik, lapor Xinhua. Malah, pasangan itu mendakwa, mereka tidak pernah meminta bayaran.
Sinar Harian.
Pen Global: Ada ramai yang nak anak, namun ramai juga yang sanggup buang anak. hargai dan syukurlah dengan apa yang kita ada. Anak tak sama dengan iPhone wehhh huhuhuhu...
ADS

0 comments:

Post a Comment