Lelaki Badan Obes Kini Tegap Dan Mantap

Lelaki Badan Obes Kini Tegap Dan Mantap
MIKE Waudby merupakan seorang lelaki yang pernah mengalami masalah berat badan ketika berumur 21 tahun dengan berat badannya mencecah sehingga 140kg.
Beliau melakukan banyak pekerjaan seperti menjaga parkit kereta dan menjadi pengawal keselamatan tetapi berat badannya menjadikan beliau gagal menjalankan tugas dengan baik.
Selepas hilang pekerjaan kerana berat badannya, Mike menjadi murung dan berputus asa. Beliau hanya makan masakan ibunya dan minum arak yang dipesan melalui internet setiap hari.
Menurut Mike, alkohol berkenan yang menjadikan dirinya gemuk dan mengalami obesiti. Beliau berkata, biasanya beliau akan meminum sebotol besar whisky dan enam tin beer setiap malam.
“Saya sering keluar malam untuk malam sehinggalah pada suatu malam saya dihalau keluar oleh seorang wanita dari bar.
“Apabila saya bertanya kenapa, wanita itu berkata saya membuatkan rakan-rakannya lain tidak selesa kerana badan saya yang terlalu gemuk,” katanya.
Beliau juga pernah cuba untuk membunuh diri dan akhirnya beliau sedar yang cara hidupnya yang tidak sihat itu perlu diubah.
Mike mengambil keputusan nekad untuk berhenti minum arak dan memulakan senaman menggunakan satu program latihan yang dibeli dari internet.
“Setiap sesi senaman saya berakhir dengan saya membuka baji bersaiz 5ExtraL saya yang dibasahi peluh dan kemudian menangis melihat rupa bentuk perut saya,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berputus asa dan terus bersenam.
Selepas berkerja keras bersenam selaam 18 bulan, serta tidak lagi mengambil alkohol kini Mike berada dalam keadaan bentuk badannya yang paling ideal.
Bagaimanapun, beliau masih tidak berpuas hati dengan lebih kulit ekoran dia kehilangan berat badan yang banyak.
Beliau terpaksa membayar sejumlah harga untuk menjalani proses membuang lebihan kulit di badannya.
Ketika ini, beliau masih ada rasa tidak puas hati tentang rupa bahagian pehanya tetapi bentuk badannya sudah semakin baik dan beliau semakin sihat.
Pen Global: Dah ramai tokey ubat kurus yang kaya, tapi tak ramai yang berjaya jadi kurus.

Cara nak ambik hati awek tanpa keluarkan duit..

---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


ADS

0 comments:

Post a Comment