Kes Uli Doh Dengan Kaki, Jualan Roti Benggali Terjejas


GEORGETOWN – Penjualan roti benggali terjejas teruk berikutan laporan kontroversi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa tepungnya diuli menggunakan kaki, mengundang keresahan pelanggan sejak tiga hari lalu.

Presiden Persatuan Penjual-penjual Roti Pulau Pinang, L Manogaran berkata, laporan akhbar itu mengundang salah sangka dalam kalangan pelanggan roti benggali di Pulau Pinang khususnya dan di seluruh negara amnya.

Beliau berkata, laporan akhbar itu yang mendakwa tindakan pekerja kilang roti benggali terkenal di Bayan Baru leka menguli tepung menggunakan kaki tanpa meletakkan sebarang pelapik, adalah tidak benar.

Setahunya dan siasatan yang dilakukan, tidak ada kilang membuat roti benggali di Bayan Baru.


Pen Global: Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana kaki roti tak laku.. hehehehe. Berhati-hati lah memilih makanan, biar bersih kelak meracun diri sendiri. Tapi kalau berita tak sahih jangan lah sebar, nanti ada yang hilang punca rezeki. Nak betul-betul bersih uli sendiri.


ADS

0 comments:

Post a Comment