Wanita Tersangkut Atas Jambatan Setinggi 20 Kaki
Seorang wanita di Fort Lauderdale, Florida, Dania Beach, 55, terpaksa berdiri dalam keadaan menyandar pada sebuah jambatan setinggi 22 kaki dari air kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.
Alkisahnya, jambatan tersebut merupakan landasan keretapi yang melintasi Sungai New dan boleh dinaikkan untuk laluan bot.
Entah bagaimana Dania boleh mengambil keputusan untuk melalui jambatan tersebut walhal terdapat sebuah laluan untuk pejalan kaki berhampiran kawasan itu.
Sedang dia melalui jambatan tersebut, secara tiba-tiba jambatan itu terangkat perlahan-lahan dan dia tidak sempat untuk berlari ke seberang jalan.
Bagaimanapun, wanita itu sempat berpaut pada trek dalam keadaan menghadap ke hadapan dan menyandar pada landasan.
Saksi kejadian tersebut segera menghubungi pasukan penyelamat yang kemudiannya membantu Dania turun dengan selamat menggunakan tangga sepanjang 24 kaki.
Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertepuk tangan apabila Dania berjaya dibawa turun.
Itulah, manusia memang suka ambil jalan mudah semata-mata mahu tiba cepat ke destinasi yang dituju. Tak fikir keselamatan diri walhal hidup ini hanya sekali saja.
Oleh: ELZA
Pen Global: Biar lambat asal selamat, zaman sekarang semua nak cepat. Apa yang di kejar pun tak tahu. Di jalan raya semua nak potong barisan. kalau meniaga semua nak cepat kaya. Walau dah berkali-kali kena tipu dengan berbagai skim, masih ramai berminat kalau baca ayat labur RM1000 dapat RM10000. Pengajaran, serdahanalah dalam semua pekara.
0 comments:
Post a Comment