Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk

Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk
Jadi Agresif Selepas Bahu Ditepuk - MARAN : Seorang anggota polis peronda tidak menyangka tindakannya meminta seorang lelaki supaya berhenti berzikir di tengah Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Plaza Tol Chenor di sini berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu merampas pistol dan melarikan kereta peronda yang dipandu peronda berkenaan.
Lebih mengejutkan, drama rampas pistol dan bawa lari kereta peronda itu yang berlarutan selama empat jam, turut mengakibatkan lelaki tersebut, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, mati ketika dirawat di Hospital Temerloh di sini semalam.
Dia menerima rawatan tersebut selepas cedera di kepala apabila kereta peronda yang dilarikannya itu berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejar dan kemudian mengepungnya.
Kereta peronda polis jenis Proton Inspira dan pistol jenis P99 tersebut dilarikan oleh lelaki tersebut dari Plaza Tol Chenor memasuki Pekan Awah sebelum ia berjaya disekat di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Bukit Lada.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, sebelum itu pada pukul 12.45 tengah malam, polis menerima aduan terdapat seorang lelaki duduk di atas sebuah motosikal di lorong tengah lebuh raya dekat Plaza Tol Chenor.
Katanya, tindakan lelaki itu didapati mengganggu lalu lintas selain membahayakan dirinya.
Berikutan itu katanya, dua buah kereta peronda polis ditugaskan ke plaza tol berkenaan bagi menyuraikan keadaan.
“Anggota polis yang tiba di plaza tol itu mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas sebuah motosikal.
“Seorang anggota polis kemudian menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya sambil memujuk supaya dia beredar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Pen Global: Semakin ramai ingin menjadi kuat dan berkuasa dalam kesempitan hidup dalam kemewahan pemimpin.

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS

Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS
Sanggup Telan Telefon Kerana Takut Kekasihnya Baca SMS - Biar betul..!! Sanggup wanita ini menelan telefon bimbitnya kerana takut kekasihnya membaca SMS didalam telefon tersebut. Jom baca cerita selanjutnya..
Perbuatan bodoh seorang gadis berasal dari Brazil berusia 19 tahun, Adriana Andrade, pastinya membuat banyak orang bimbang dan menggelengkan kepala. Bayangkan saja, ia menelan handphone miliknya sendiri .
Mengapa Adriana melakukan perbuatan bodoh tersebut? Ternyata Adriana berbuat demikian untuk mengelak kekasihnya membaca SMS yang terdapat di telefon bimbit tersebut.
Kejadiannya bermula saat kekasihnya memaksa dirinya untuk memperlihatkan mesej SMS, kerana panik Adriana langsung melarikan. Setelah ia merasa jaraknya dengan kekasihnya sudah cukup jauh, ia tanpa berfikir panjang terus menelan telefon miliknya secara bulat-bulat.
Tidak disebutkan pula, telefon apa yang ditelan Adriana. Untuk mengeluarkan telefon tersebut, pihak hospital melakukan prosedur pembedahan untuk mengeluarkannya.
Pen Global: Dah terantuk baru nak tergadah, lain kali jangan curang kan dah kantoi hehehehe..

                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Gambar-Gambar #VillaNabila Yang Sedang Hangat

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil dari sumber Twitter KYM International dan facebook .
Difahamkan, sebahagian besar daripada remaja yang didakwa hilang selepas memasuki Villa Nabila telah ditemui.
Namun, seorang daripadanya dikatakan telah dirasuk dan terpaksa ditenangkan. Kebenaran di sebalik kisah ini masih disiasat.
Sumber

Pen Global: Tiada penyakit jangan cari penyakit, ramai yang cari glamour sekarang huhuhuhu.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Alat Rehat Tangan Ketika Guna Komputer



BAGI mereka yang bekerja berjam-jam duduk dan meghadap komputer atau laptop seperti wartawan atau penulis, gajet seperti alat merehatkan lengan atau siku semestinya sesuai.

Biasanya, mereka yang bekerja dalam jangka masa yang lama sebegitu akan mengalami rasa lenguh terutamanya di bahagian siku.

Sejenis gajet yang memudahkan anda untuk merehatkan lengan anda ada dijual di secara online rupanya yang dipanggil Ergo Arm Rest.

Gajet ini boleh dilaraskan mengikut panjangan tangan dan ketinggian penggunanya.
Ia dijual pada harga $110 Dolar Amerika kira-kira RM353 sebuah.

Bagaimanapun, tidak diketahui produk sebijak ini, boleh dibeli atau tidak di Malaysia.


Pen Global: memang sesuai sangat nih, tapi bila tengok harga tu terbantut sekejap. 


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI..



Gambar hiasan

Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Pen Global: Dah macan dalam filem tamil pulak. macan-macan hal dunia sekarang.


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Jampi ‘Abang Aji’ Ragut Dara Si Gadis

Jampi ‘Abang Aji’ Ragut Dara Si Gadis



Jampi ‘Abang Aji’ Ragut Dara Si Gadis - Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.
“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran aya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.
“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya.
Pen Global: Masih ramai yang hanya main jampi untuk puas. Berhati-hatilah wahai anak gadis, janganlah gedik selalu. 


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

‘Rahsia’ Mengapa ‘Anu’ Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar…

‘Rahsia’ Mengapa ‘Anu’ Izzue Islam Perlu Dikhatankan Semula Akhirnya Terbongkar…
Heboh satu Malaya mengenai majlis berkhatan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berlangsung di Rumah Bakti Ulu Klang.
Izzue Islam baru nak berkhatan? Biar betul?! Tapi memang itulah yang berlaku. Majlis berkhatan tersebut dijalankan secara tradisional bersama anak-anak yatim Rumah Bakti.
Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi merestui bakal-bakal ‘pemuda’ dan lebih menarik lagi mereka turut diarak seperti pengantin sebelum dimandikan secara beramai-ramai.
Seterusnya Izzue dan ‘rakan-rakannya’ dipersiapkan dengan baju melayu segak sebelum bertemu Tok Mudim.
Haaa… percaya atau tidak? Majlis berkhatan Izzue Islam memang betul-betul berlaku!
Tapi sebenarnya ia adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan filem Hantu Tok Mudim, terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.
Izzue Islam bukan berkhatan sekali lagi sebenarnya, tetapi majlis yang berkonsepkan ‘Sneak-Peak’ dari filem ini bukanlah sekadar majlis promosi filem biasa tetapi turut memberi peluang kepada pihak Showbiz Production dan pelakon-pelakon filem Hantu Tok Mudim beramah mesra dan meraikan anak-anak kurang bernasib baik ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Adrea Abdullah.
Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.
Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini bermula pada 15hb November depan.

Pen Global: Cara yang kreatif dalam pemasaran, sekali baca dan tengok membuatkan ramai yang ingin tahu apa sebanarnya. Terbaik!


                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Berita Berubah Jadi Lagu Kelakar



BERITA selalunya dikaitkan dengan unsur serius kerana ia melibatkan fakta dan sesekali tragedi yang meragut banyak nyawa serta memberi kesan kepada masyarakat dunia.

Penulis pernah terfikir, adakah boleh sesuatu yang berunsur berita diolah menjadi lawak atau lucu dari segi kreativiti teknologi?

Ada pihak yang cuba membuat berita dalam bentuk yang melucukan tetapi biasanya melibatkan berita tidak benar yang direka-reka supaya menjadi lebih lucu.

Penulis akhirnya bertemu dengan sebuah video yang menggunakan berita sebenar sehingga membolehkan seseorang yang menonton olahannya ketawa kerana ia terlampau lucu.

Ia dipersembahkan dalam bentuk lagu yang bertajuk “BBM (Bahan Bakar Mobil) Campuran” yang mengambil berita dari Indonsia tentang pengguna yang harus berhati-hati ketika mengisi BBM atau petrol agar tidak mengisi petrol yang dicampur.

Daripada membaca berita yang sebelumnya serius, ia bertukar menjadi sebuah lagu berunsur Hip Hop yang lucu apabila petikan berita itu diulang-ulang.

Olahan persembahan yang berkonsep ala-ala rap itu begitu kretif dan kita akan terhibur tambahan pula dengan penampilan pembaca berita Eka Gustiwana yang seakan-akan menyanyikan lagu itu yang sebenarnya hanyalah petikan berita.



Pen Global: Layannnnnn.....



                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

"Royal Fantasy", Bra Yang Berharga RM30 Juta Keluaran Victoria Secret


Pengeluar pakaian dalam wanita paling elegen, Victoria’s Secret (VS) akan kembali mengadakan pertunjukan fesyennya yang kerap dinantikan di seluruh dunia.

Tahun ini ia akan diadakan pada 10 Disember depan dengan disertai model-model paling 
ternama dunia memakai baju tidur dan pakaian dalam wanita yang intim.

Menurut maklumat industri hiburan, Candice Swanepoel akan memaki bra bernilai RM30 juta yang dicipta untuk Victoria’s Secret oleh pembuat barang kemas Mouawad. Ini kali pertama Candice akan memakai bra fantasi dari VS.

Bra berkenaan akan memiliki 4,200 permata termasuk berlian, sapphires kuning, ruby yang diikat dengan emas 18 karat. Paling hebat… ruby seberat 52 karat yang dipotong bentuk buar pir.




Pen Global: Siapalah agaknya yang akan beli bra ini, adakah wanita pertama itu yang akan membelinya? ada saiz ke? hehehehehe......



                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

Anda Pengguna Facebook Yang Bagaimana?

Pen Global: Anda sememang suka berfacebook setiap masa, hanphone, laptop dan tak kia di mana sahaja. Kenali jenis anda apabila berada di laman sosial facebook.









                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

HUDWAY : APLIKASI PAPARAN LALUAN MEMNADU PADA CERMIN KERETA

Kami kerap kali menggunakan Waze ketika memandu kerana Waze dapat memberikan laluan terpendek dan paling tidak sesak ketika waktu puncak. Masalah yang ada sekarang ialah kami tak ada pemegang telefon di dalam kereta. Kalau mahu beli aksesori ianya terlalu mahal. Hudway ialah aplikasi iPhone yang memancarkan sisten panduan GPS terus pada skrin kereta anda. Secara automatik anda dapat melihat laluan yang perlu dipandu tanpa perlu melihat pada skrin telefon pintar. Ini bukan sahaja lebih selamat tetapi ianya juga sangat cool. Teknologi paparan jalan Head Up Display seperti ini hanya terdapat di dalam sesetengah kereta buatan Volvo tetapi menggunakan sistem paparan khas mereka sendiri. Dengan Hudway yang anda perlukan hanyalah telefon pintar dan pelapik latex yang mampu menahan telefon pintar dari terjatuh apabila diletakkan di atas dashboard kereta. Buat masa ini Hudway hanya boleh dimuat turun oleh pengguna IOS dan ianya percuma. 




Pen Global : Dunia semakin canggih, segalanya hanya di jari. Inilah penyebab sebenarnya 
obesiti.



                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---

UBAH KERETA ANDA MENJADI SEBUAH FERRARI DENGAN MUDAH

Pen Global: Tak semua orang mampu memiki sebuah Ferrari. Oleh itu jika anda kemaruk sangat bolehlah anda meniru kustomasi kereta paling murah yang dihasilkan oleh Benedetto Bufalino seorang artis yang berasal dari Itali. Close enough!










                                    ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---


Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin

Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin

Jumpa Cicak Dalam Kek Kahwin - TIKAM BATU : Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.
Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.
Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.
“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.
“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.
Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.
“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.
“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.
Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.
Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.
“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.
“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.
“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.
Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.
“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Pen Global: Dah separuh baru sedar, jawabnya kek itu sbenarnya berperisa cicak hehehehe..
                                   ---PERCUMA IKLAN! Di Warung.my---